spot_img
HomeBantuan Untuk Golongan OKU

Bantuan Untuk Golongan OKU

Kerajaan Umum Peruntukan RM80 Juta


Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan Program Semai Bakti
Fasa Kedua anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (BAKTI) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat di Nibong Tebal pada 1 Februari 2008 baru lalu dipetik dari BERNAMA,
mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk pengurusan dan aktiviti
golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata,
melalui mesyuarat kabinet baru-baru ini, kerajaan meluluskan peruntukan
sebanyak RM60.1 juta bagi program pengurusan OKU, manakala RM20.9 juta lagi
adalah peruntukan khas untuk aktiviti bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi kerja-kerja amal membantu OKU.

Perdana
Menteri berkata kerajaan berusaha meringankan beban yang ditanggung oleh anggota keluarga yang mempunyai anak OKU
dengan mengambil kira perbelanjaan harian mereka selain memberikan pelbagai
subsidi termasuk harga minyak dan barangan keperluan lain.

Katanya
lagi, daripada peruntukan itu, kerajaan telah meningkatkan bantuan untuk sewa
premis Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu daripada RM500 sebulan
kepada RM3,000 sebulan manakala peruntukan utiliti sebanyak RM1,000 sebulan.

Selain
itu, kerajaan juga meningkatkan lagi peruntukan untuk aaktiviti-aktiviti OKU
daripada RM5,000 sebelum ini kepada RM30,000 manakala elaun khas kepada OKU
ditambah daripada RM50 kepada RM150 sebulan.

Bagi
pekerja-pekerja di PDK pula, elaun mereka dinaikkan daripada RM500 kepada RM800
sebulan selain mewujudkan elaun khas untuk penyelia PDK sebanyak RM1,200
sebulan.

Setiap
PDK juga diberikan peruntukan sebanyak RM50,000 (sekali pemberian) bagi membeli
peralatan pemulihan untuk kegunaan OKU dan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi
membina bangunan PDK bagi kawasan-kawasan yang tidak ada premis tetap PDK.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -