Objektif
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan
cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh
taat setia, dedikasi dan amanah; - Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus
berkhidmat dengan Kerajaan; - Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka
bersara dari perkhidmatan Kerajaan; - Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota
yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau
selepas mereka bersara; dan - Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada
anggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami
kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya
tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.
Perlindungan Hak Pencen
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pencen
merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti mana ditetapkan di bawah
Perkara 74 Jadual Ke-9, Senarai I, Para 6(d) Senarai Persekutuan. Perlindungan
hak pencen adalah termaktub di bawah Perkara 147 Perlembagaan seperti berikut:-
"147(1)
Undang-Undang yang dipakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain elaun
sepertinya (dalam Perkara ini disebut sebagai "award") yang diberi
kepada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya,
anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, ialah undang-undang yang
berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya
yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi award itu".
Pencen Bukan Hak Mutlak
Pencen, ganjaran atau faedah persaraan
lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang pencen bukanlah merupakan hak
mutlak seseorang anggota. Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan dalam undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah
persaraan.
Faedah Persaraan
Skim pencen di Malaysia juga memanjangkan
faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama
ada semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah
ini dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan
Jenis-Jenis Faedah Persaraan
Anggota berpencen yang bersara atau
dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah
persaraan berikut:
- ·Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
- Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
- Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran
sekaligus).
Kadar ganjaran dan pencen yang akan
dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki
bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya
ialah seperti berikut:
Ganjaran
7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.
Pencen
1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki
bulanan yang akhir diterima.- Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir
(dicapai apabila berkhidmat selama 25 tahun atau 300 bulan tempoh perkhidmatan
yang diambilkira
Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam,
Peraturan-Peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 4 Tahun 1993, juga memperuntukkan pembayaran Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR), iaitu bagi
cuti rehat yang tidak dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul
mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling
yang berkenaan. Penghitungannya ialah –
1/30 x [gaji pokok + imbuhan tetap] x
jumlah cuti rehat yang terkumpul sehingga 90 hari.
Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ini
dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi
pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri
bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri. Badan-Badan Berkanun dan
Kuasa-Kuasa Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4
Tahun 1993 membayar Wang Tunai Sebagai Gantian
Cuti Rehat kepada pekerja-pekerjanya.
Akta 227 atau Akta 239 juga membolehkan
faedah-faedah persaraan lain yang dinyatakan di bawah ini diberikan kepada
anggota atau orang-orang tanggungannya, di mana wajar:
Pencen Hilangupaya;
Pencen Hilangupaya merupakan faedah
tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki
bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:
- kecederaan yang
dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; - penyakit yang
dihidapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada bahaya-bahaya
tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau - kemalangan dalam
perjalanan; dengan syarat kecederaan atau penyakit bukan disebabkan oleh
kecuaian atau salahlaku anggota tersebut.
pencen hilangupaya yang boleh dibayar adalah mengikut darjah kecacatan seperti
berikut:-
| Darjah Kecacatan |
Kadar Yang diBayar |
| Terencat Sikit | 1/8 daripada gaji akhir hakiki |
| Terencat | 1/4 daripada gaji akhir hakiki |
| Terencat Pada Matanya |
3/8 daripada gaji akhir hakiki |
| Musnah Sama Sekali |
1/2 daripada gaji akhir hakiki |
Pencen Tanggungan;
Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah
persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau
anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa
menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam
perjalanan dengan syarat:
- anggota tersebut
telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas; dan - kematian pesara
atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula
mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut.
Kadar pencen tanggungan yang dibayar
kepada tanggungan pegawai yang meninggal dunia akibat mendapat bencana atau
penyakit semasa menjalankan tugas rasmi atau disebabkan kemalangan perjalanan
adalah mengikut pecahan daripada gaji akhir hakiki seperti berikut:-
- kepada balu, selagi tidak berkahwin dan
berkelakuan baik, (1/4) - jika pencen dibayar kepada balu, bagi
setiap orang anak hingga seramai enam orang, (1/24) - jika tidak meninggalkan balu, bagi setiap
orang anak hingga seramai enam orang, (1/12) - mulai
tarikh kematian balu yang telah dibayar pencen, bagi setiap orang anak hingga
seramai enam orang, (1/12) - kepada ibu tanggungan, selagi berkelakuan
baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi – - jika tidak meninggalkan balu, (1/4)
- jika meninggalkan balu dan pencen telah
dibayar, (1/8) - kepada bapa tanggungan, selagi berkelakuan
baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi – - jika tidak meninggalkan balu dan ibunya
sudah mati, (1/4) - jika meninggalkan balu dan ibunya sudah
mati, (1/8)
Sumber : Portal Pencen JPA






