Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan
memperkenalkan satu lagi inisiatif peningkatan kecekapan pentadbirannya melalui
E-Jaminan yang akan memudahkan proses mendapatkan rawatan perubatan bagi
kakitangan awam di hospital dalam masa terdekat.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua
Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam yang dipetik dari BERNAMA di Putrajaya pada 1 Februari 2008 yang baru lalu.
Katanya JPA kini sedang bekerjasama
dengan Kementerian Kesihatan termasuk mengumpul pangkalan data untuk tujuan
tersebut.
Tan Sri Ismail berkata dengan surat E-Jaminan itu,
kakiktangan awam tidak perlu membawa surat jaminan dari pejabat untuk menerima
rawatan tetapi hanya menunjukkan kad pengenalan diri, MyKad.
Sementara itu mengenai perkhidmatan
dalam talian oleh JPA, katanya mereka sedang berusaha untuk membentuk sebuah
agensi sehenti bagi pemaju hartanah.
Katanya agensi sehenti bakal
menyediakan semua perkhidmatan berhubung bangunan, sijil siap bangunan,
perancangan bandar dan kawasan tapak serta sijil layak menduduki.
Mengenai langkah mewujudkan kerajaan
elektronik, Tan Sri Ismai berkata JPA sudah menyediakan banyak perkhidmatan
dalam talian termasuk permohonan biasiswa dan kekosongan jawatan.
Walaupun JPA menyediakan banyak
perkhidmatan dalam talian namun ada sebahagian dari lapisan masyarakat negara
ini tidak yakin terhadap sistem elektronik ini, katanya.






