spot_img
HomeMekanisme baru Untuk Penambahbaikan Perkhidmatan,

Mekanisme baru Untuk Penambahbaikan Perkhidmatan,

Bukti  PM Mendengar “Suara Hati” Penjawat Awam


Satu kajian komprehensif akan dilakukan terhadap penggunaan sistem “pool’’ yang wujud sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum. Dalam kata lain, elemen ‘’natural justice’’ iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlulah menjadi sebahagian daripada prosedur.


Demikian menurut Perdana Menteri,  YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Ke 11) baru-baru ini yang berkata ia adalah  berdasarkan permintaan atau “suara hati” para penjawat awam yang inginkan perkhidmatan awam dipertingkatkan menjadi lebih baik dan telus.


Selain itu, menurut beliau kerajaan juga akan mengkaji konsep “closed service yang tidak  mahu penjawat awam menjadi jumud oleh kerana sudah terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing akibat tidak dapat lagi meningkat dalam karier masing-masing.


Justeru itu, beliau juga mahu Jabatan Perkhidmatan Awam memberikan lebih perhatian pada hal-ehwal ‘’continuing education’’, ‘’skills upgrading”, “succession planning” dan ‘’career advancement’’ para penjawat awam.


Penjawat-penjawat awam muda, jelas beliau terutamanya yang terlibat dengan tugas-tugas diplomasi dan rundingan antarabangsa perlulah didedahkan dengan pengalaman yang secukupnya.


Katanya, berpegangkan pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya  melalui langkah menghantar  pegawai-pegawai muda ini terlibat dengan rundingan-rundingan antarabangsa sahajalah mereka dapat menimba pengalaman dan dalam masa yang sama memahirkan diri dengan menguasai pelbagai bahasa.  

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -