Pelbagai pendekatan pentadbiran terkini mahupun produk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah diperkenalkan oleh MAMPU kepada jabatan-jabatan bagi memastikan rakyat memperoleh perkhidmatan kerajaan yang terbaik.
MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
PUSAKA kini mempelbagai produk berasaskan buluh dan salah satunya adalah Basikal Buluh. Projek ini disifatkan sebahagian daripada inisiatif pembangunan produk nilai tambah daripada buluh, selain produk buluh kejuruteraan, arang buluh, bahan makanan, anyaman dan peralatan kosmetik.
Sarawak bercadang untuk membangunkan dua (2) Taman Perabot (Furniture Park) untuk membolehkan pelabur-pelabur ini bekerjasama dengan industri tempatan kita untuk mengeluar perabot untuk eksport.