Kesukaran dan ketiadaan platform atau pusat sehenti (one stop centre) untuk sukarelawan mencari program dan untuk agensi-agensi mempromosi program komuniti mereka telah mencetuskan idea kepada KIK MYSED Pro Max membangunkan aplikasi VolYouth Care.
PUSAKA kini mempelbagai produk berasaskan buluh dan salah satunya adalah Basikal Buluh. Projek ini disifatkan sebahagian daripada inisiatif pembangunan produk nilai tambah daripada buluh, selain produk buluh kejuruteraan, arang buluh, bahan makanan, anyaman dan peralatan kosmetik.
Malaysia kini dalam kelompok teratas pengeluaran lada dunia. anak syarikat MPB, Saraspice Sdn Bhd. akan dapat membantu memperkukuh kedudukan sektor industri lada di pelbagai peringkat selain menjadi pembekal unggul lada Sarawak yang berkualiti untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Konvensyen yang diadakan buat pertama kali itu diyakini menjadi penggerak kepada usaha memupuk budaya inovasi khususnya, dalam kalangan warga kementerian berkenaan.
Sarawak Water Supply Retreat merupakan anjuran kali ketiga dan kali ini membawa kepada usaha ke arah transformasi teknologi untuk bekalan air di Sarawak sejajar dengan rancangan PCDS 2030.
Penjawat awam harus mengembalikan semula kepercayaan kerajaan dan rakyat dengan menunjukkan prestasi bersungguh-sungguh dalam memastikan segala perancangan dalam RMKe-12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.