spot_img

Category: Rencana

Infrastruktur Sarawak Pemacu Ekonomi dan Kesejahteraan Komuniti

Pembangunan jalan banang kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sekadar projek fizikal, tetapi manifestasi komitmen kerajaan terhadap kemajuan inklusif dan lestari. Infrastruktur ini menjadi pemacu utama ekonomi desa, memperkukuh sektor pertanian, melahirkan usahawan baharu, serta membuka akses lebih luas kepada pendidikan, kesihatan dan peluang sosial. Ia bukan sahaja meningkatkan keterhubungan dan mobiliti rakyat, tetapi juga mengurangkan keterasingan luar bandar, merapatkan silaturahim komuniti dan menyemarakkan keyakinan bahawa masyarakat luar bandar turut menjadi nadi kepada kemajuan negeri yang berdaya saing dan mampan.

Pendidikan Percuma Tonggak Keadilan Sosial dan Akses Menyeluruh di Sarawak

Pendidikan percuma di Sarawak merupakan langkah strategik Kerajaan Sarawak dalam memastikan akses yang lebih meluas kepada pendidikan berkualiti, khususnya bagi anak-anak dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini juga menegaskan komitmen Kerajaan Sarawak untuk melihat pendidikan sebagai pelaburan masa depan, membina ekosistem yang adil dan lestari serta melahirkan warganegara berilmu, berakhlak dan berdaya saing ke arah negeri maju dan inklusif menjelang 2030.

Jalan Banang Kedua Meningkatkan Jaringan Jalan Raya

Pembangunan infrastruktur berupaya merapatkan jurang di antara kawasan bandar dengan luar bandar, memacu ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan tiada sesiapa pun yang terpinggir daripada menikmati pembangunan.

Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti

Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif. Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.

Penjenamaan Semula UPMS Satu Pengiktirafan

Penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) adalah satu langkah strategik yang mengiktiraf kewujudan UPMS di Sarawak, malah juga di Borneo sejak 1974.

Perkasa Pertanian Komuniti Demi Masa Depan Ekonomi Sarawak

Sarawak berpotensi menjadikan pertanian sebagai enjin kedua ekonomi selepas minyak dan gas melalui kepakaran, pendidikan serta kerjasama erat Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bersama komuniti dan industri, sekali gus meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan import dan memperkukuh pendapatan rakyat.

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img