Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) merupakan inisiatif pengiktirafan Perkhidmatan Awam yang mengiktiraf prestasi jabatan atau agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai tahap kecemerlangan kualiti dalam keberkesanan tadbir urus, operasi serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
58 agensi di bawah Pejabat Pentadbiran Bahagian dan Daerah Sarawak mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi agensi kerajaan pertama di bawah satu pensijilan yang sama iaitu MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (Pentadbiran Bahagian Sarawak).
Konvensyen Antarabangsa ICQCC telah diadakan sebanyak 47 kali sejak pelancarannya pada tahun 1976 yang juga terkenal sebagai "Olimpik Berkualiti" (“Quality Olympics”).
Sawetro Alangan mudah digunakan kerana ianya fleksibel, ringan dan jimat ruang. Penghadang ini sesuai digunakan di semua tempat dan aktiviti yang memerlukan penghadang dalam kadar segera.
Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) merupakan satu pengiktirafan tertinggi dan berprestij untuk ciptaan atau penambahbaikan inovasi, hasil cetusan idea kreatif dari kalangan penjawat awam khusus untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.