spot_img
HomeKe Arah Perkhidmatan Pelanggan

Ke Arah Perkhidmatan Pelanggan

Cekap dan Berkesan

Tuntutan terhadap perkhidmatan pelanggan dianggap  penting kerana ia menjadi barisan hadapan yang menentukan persepsi masyarakat mengenai imej perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, adalah amat penting tumpuan terhadap perkhidmatan pelanggan diberi keutamaan yang sewajarnya.

Penganjuran Program Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan anjuran Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama C.M Management (CMM) pada 4 hingga 6 Mei 2009 yang direka khas untuk memperkenalkan pakej latihan ke arah menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dilihat bertepatan perubahan semasa.

Program tersebut menyelitkan empat (4) tajuk utama iaitu Perkhidmatan dan Fungsi Utama Setiap Agensi Kerajaan di Wisma Bapa Malaysia, Perkhidmatan Pelanggan Berbudi Bahasa, Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan di Kaunter dan Penggunaan Telefon Yang Berkesan dan Pengendalian Aduan Awam yang berkesan.

Antara objektif program tersebut adalah bagi melatih petugas-petugas di barisan hadapan tentang fungsi-fungsi dan peranan setiap agensi kerajaan, menjadi ejen perantara di dalam penyampaian maklumat terkini, melatih petugas-petugas di barisan hadapan tentang teknik mengendalikan pelanggan.

Turut diberi penekanan adalah aspek kemahiran mengenai kaedah dan unsur-unsur Perhubungan Awam yang berkesan, memahami proses komunikasi dan implikasinya, meningkatkan kemahiran perkhidmatan kaunter yang berkualiti, mengamalkan nilai-nilai yang sesuai semasa menjalankan tugas di kaunter.

Selain itu, meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etiket menggunakan telefon yang baik disamping menambah pengetahuan para peserta mengenai konsep pengurusan aduan awam yang berkesan.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -