spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryKumpulan SWAN menjadi Juara dalam Kategori Teknikal Konvensyen KIK

Kumpulan SWAN menjadi Juara dalam Kategori Teknikal Konvensyen KIK

Tahniah kepada Kumpulan SWAN, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kerana telah merangkul Juara dalam Kategori Teknikal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Oktober 2014.

Kumpulan SWAN dengan tajuk projek  “Kekangan Guru Menggunakan Peralatan ICT Untuk Melaksanakan PdP Secara Berkesan” telah mereka cipta sejenis peralatan ICT dinamakan “ComViz”.

Konvensyen KIK pada tahun ini disertai oleh 25 pasukan yang mewakili bahagian atau institusi  masing-masing di Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Konvensyen KIK KPM 2014 pada  tahun ini ialah “Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan Negara”.

Konvensyen KIK ini dipertandingkan dalam dua kategori, iaitu kategori pengurusan dan teknikal. Sebanyak 16  pasukan dalam kategori pengurusan dan 9 pasukan dalam kategori teknikal telah disenarai pendek dan dipilih untuk mempersembahkan projek inovasi mereka yang berupaya meningkatkan kualiti kerja.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -