spot_img
HomeNewsPaparan Semasa | News FeatureLawatan Kerja Ke Industri Penternakan Kerbau Di India

Lawatan Kerja Ke Industri Penternakan Kerbau Di India

Menteri Muda Pertanian YB Dr Abdul Rahman Ismail bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transfromasi Sosio Ekonomi) Ybhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni beserta rombongannya telah mengadakan lawatan kerja ke India pada 5 hingga 11 Disember lepas.

Lawatan kerja tersebut adalah untuk meninjau operasi kerja di industri penternakan kerbau dari aspek penggunaan teknologi dan perkhidmatan industri untuk membantu dalam perancangan membangunkan industri tersebut di Sarawak.

Semasa lawatan tersebut, mereka telah melawat ke Auragabad, Hasrta, sebuah tempat yang terkenal dengan saiz kerbau terbesar di India dan berpeluang mengunjungi kilang Frigrifico Abattior untuk melihat bagaimana proses penyembelihan kerbau dijalankan.

Sesi lawatan kerja berakhir di Ibu Pejabat Syarikat Allanasons Private Limited, Mumbai dimana mereka telah diberi taklimat mengenai operasi perniagaan syarikat dan kepelbagaian produk yang dihasilkan.

Sehubungan itu, Syarikat Allanasons Private Limited telah menyatakan bahawa pihak mereka telah berminat untuk melabur dan meneroka potensi industri makanan khususnya penternakan kerbau dan daging kerbau di Sarawak.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -

Previous article
Next article