spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryMajlis Menandatangai MOU Antara Kerajaan Negeri Sarawak, PETRONAS dan...

Majlis Menandatangai MOU Antara Kerajaan Negeri Sarawak, PETRONAS dan SEB

Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Negeri Sarawak dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Kuching.

Sebanyak tiga perjanjian menerusi Pelan Induk Petrokimia Sarawak yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Datuk Mohd. Anuar Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad, Datuk Torstein Dale Sjotveit.

Perjanjian yang pertama adalah berkenaan pembekalan 450 juta standard meter padu sehari gas asli kepada sektor tenaga dan bukan tenaga di Sarawak.

Perjanjian yang kedua pula membabitkan Jualan Gas (GSA) antara Petronas dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dimana PETRONAS bersetuju membekalkan 100 juta standard meter padu sehari gas asli kepada SEB untuk loji janakuasa di Tanjung Kidurong, Bintulu.

Perjanjian seterusnya berkenaan kerjasama diantara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS bagi melaksanakan kajian teknikal, komersial dan ekonomi untuk pembangunan petrokimia di negeri Sarawak.

Majlis tersebut telah diadakan pada 3 April 2016 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -