spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryMajlis Perasmian IDECS 2017

Majlis Perasmian IDECS 2017

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan booth Sarawak Digital Government selepas beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Kemudahan Infrastruktur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak 2017 atau IDECS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK pada 3 April.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (tiga, kiri), beberapa orang tetamu kehormat dan menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Persidangan bertemakan ‘Mentransformasi Sarawak melalui Ekonomi Digital’ (Transforming Sarawak through Digital Economy) dihadiri seramai lebih 1,500 delegasi dan akan berakhir pada 4 April.

Dalam ucaptama beliau, Ketua Menteri memaklumkan Kerajaan Negeri komited untuk membangunkan ekonomi digital di Sarawak dan ke arah usaha itu, Sarawak perlu membangunkan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertaraf dunia.

Bagi tujuan tersebut, Sarawak telah melabur RM1 bilion sebagai modal permulaan bagi memastikan infrastruktur ICT di negeri ini dapat menyokong industri-industri digital, perdagangan dan pelabur yang berminat untuk melabur di negeri ini.

Dalam perkara berkaitan, Ketua Menteri juga memaklumkan Sarawak berhasrat untuk membina 5,000 menara ICT di seluruh negeri memandangkan 1,200 menara yang ada setakat ini tidak mencukupi.

Sarawak hanya mempunyai infrastruktur ICT asas yang cukup baik untuk kegunaan peribadi di kawasan terpilih namun tidak cukup kuat untuk membina masa depan ekonomi Sarawak.

Tambah beliau, keadaan ini jelas menunjukkan Sarawak perlu merangka strategi yang berkesan bagi membangunkan infrastruktur ICT yang mencukupi agar matlamat membangunkan ekonomi digital di Sarawak dapat direalisasikan sekaligus dapat bersaing di peringkat global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -