spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryPerasmian Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia XVIII 2016

Perasmian Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia XVIII 2016

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah melakukan simbolik Perasmian Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia XVIII 2016 di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak pada 6 Ogos 2016.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (dua, kiri) dan mantan Perdana Menteri kelima YBhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (tiga, kanan) bersama isteri yang juga Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg Tun Jeanne Abdullah (dua, kanan).

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menyifatkan penganjuran kejohanan sukan seumpama ini sangat bertepatan untuk mendedahkan kepada mayarakat betapa kuatnya semangat berpasukan yang lahir dalam setiap atelit sekaligus mengetepikan sikap rendah diri di kalangan mereka.

Justeru, beliau berharap sukan di kalangan insan istimewa di negara ini akan terus dijulang dan diperhebatkan sehingga mencapai satu tahap yang mampu mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementera itu, YB Datuk Hajah Fatimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan Paralimpiad 2016 menjelaskan bahawa sukan yang dianjurkan ini merupakan satu platform untuk membuka ruang kepada golongan kurang upaya membuktikan bakat, potensi, keupayaan dan kemampuan mereka meraih kecemerlangan dalam bidang sukan.

Sukan Paralimpiad bermula pada 6 hingga 10 Ogos 2016 di Kota Samarahan dan Kuching dengan 9 acara sukan yang disertai oleh seramai 1,405 orang atlet.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -