spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryPersiapan Hari Terbuka ATM

Persiapan Hari Terbuka ATM

Dua anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM membuat persiapan sambil menunjukkan kepada media alat pemusnah bom yang bakal dipamerkan pada program Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia dengan tema ‘Tentera dan Rakyat Sentiasa Bersama’ pada 6 dan 7 April 2013 bertempat di Kuching Integrated Recreational Centre (Le’ Park).

Seramai 500 anggota ATM daripada 4 division dari seluruh negara terlibat menjayakan pelbagai acara pada program tersebut antaranya pameran peralatan ketenteraan, demonstrasi tempur, terjun payung, pancaragam, program kemasyarakatan dan kesihatan, sukaneka, paintball, pengambilan rekrut dan sebagainya. Majlis perasmian dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu ini.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -