spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GallerySambutan Hari Bandaraya Kuching ke-27

Sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-27

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem berucap ketika merasmikan Sambutan Hari Bandaraya Kuching Ke-27 pada 1 Ogos 2015 bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching.

Serentak dengan sambutan tersebut, Bandaraya Kuching telah diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya Perpaduan atau “Kuching …City Of Unity” yang secara simboliknya mengambarkan perpaduan rakyat Sarawak dan pengisytiharaan tersebut menjadikan Bandaraya Kuching, bandaraya pertama dalam Malaysia yang diisytiharkan sebagai Bandaraya Perpaduan.

Pengisytiharaan Bandaraya Perpaduan ini adalah rentetan daripada cetusan  idea dan kajian oleh pihak Yayasan 1Malaysia yang mendapati Bandaraya Kuching, terutamanya pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak yang sentiasa komited dan  menerima kepelbagaian budaya, persefahaman antara satu sama lain.

Turut hadir, pada majlis tersebut ialah Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, YBhg Datuk  Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, YBhg Dato James Chan Khay Syn.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -