spot_img
HomeSKMM Wilayah Sarawak Anjur Broadband Fair 2009

SKMM Wilayah Sarawak Anjur Broadband Fair 2009

Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak mengadakan SKMM Broadband  Fair 2009 pada 24 – 26 Julai 2009 bertempat
di North Court A & B, The Spring Shopping Mall, Kuching pada 10:00
pagi hingga 10:00 malam.

Menurut kenyataan media SKMM, tersebut antara objektif utama pameran ini adalah seperti berikut:

  • Mewujudkan
    kesedaran mengenai jalurlebar sebagai sebahagian daripada usaha untuk
    mencapai sasaran penembusan jalurlebar seperti mana termaktub di dalam
    Pelan Jalur Lebar Kebangsaan;

  • Mewujudkan platform rangkaian hubungan di antara usahawan ICT, pihak berkuasa tempatan dan pengguna;

  • Mempromosikan peranan SKMM, agensi-agensi dan industri berkaitan di Sarawak.

Antara
acara-acara yang akan diadakan ialah pameran teknologi yang berkaitan
dengan broadband, promosi serta pakej menarik daripada pembekal
perkhidmatan, persembahan artis jemputan, permainan dan cabutan bertuah
serta ceramah kepada para pengunjung.

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -