spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GallerySMA Meninjau Projek Pengubahsuaian Lima Buah Pusat Komuniti Digital

SMA Meninjau Projek Pengubahsuaian Lima Buah Pusat Komuniti Digital

Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) telah mewujudkan Pusat Komuniti Digital atau Digital Community Centre (DCC) di beberapa buah perpustakaan kawasan komuniti terpilih.

DCC diwujudkan dengan matlamat untuk memperkasa kemahiran dan keupayaan bakat komuniti yang lestari serta dapat merapatkan jurang capaian internet dan menjadikan capaian maklumat melalui internet yang sama baik di antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Di bawah inisiatif tersebut, PNS dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 perpustakaan komuniti di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre.

DCC dilengkapi pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan internet jalur lebar, komputer riba dan tablet, peralatan sidang video digital, peralatan digital seperti makerspace termasuk mesin pencetak 3D, pen 3D, komputer mikro, koleksi buku dan maklumat digital dalam talian.

Ruang dalaman DCC Pusat Sumber KEMAS, Kpg. Semariang Batu yang selesa

Pada 15 Oktober lepas, pihak SMA yang diketuai Puan Tarmit Kaur telah mengadakan lawatan ke lima buah DCC di sekitar bandar raya Kuching, iaitu DCC Sejingkat, DCC Pusat Sumber KEMAS Kampung Semariang Batu, DCC Bilik Gerakan Gabungan Semerah Padi Fasa 1, DCC Perpustakaan Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa dan DCC Masjid Darul Hana Kampung Patingan.

Lawatan bersama dengan pihak kontraktor yang dilantik diadakan bertujuan untuk meninjau kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian kelima-lima DCC tersebut.

Puan Tarmit (kanan) berbincang dengan pihak kontraktor ketika melawat DCC Pusat Sumber KEMAS, Kpg. Semariang Batu
DCC menyasarkan perkhidmatan kepada golongan wanita, belia, kanak-kanak, usahawan, OKU, JKKK dan pertubuhan bukan kerajaan NGO
Lawatan ke DCC Bilik Gerakan Gabungan Semerah Padi Fasa 1
Kemudahan tablet yang terdapat di DCC Bilik Gerakan Gabungan Semerah Padi Fasa 1
Struktur luaran bangunan Bilik Gerakan Gabungan Kpg. Semerah Padi Fasa 1 yang menempatkan DCC Semerah Padi
Lawatan ke DCC Perpustakaan Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa
Perpustakaan Komuniti DBKU Kpg. Pinang Jawa yang menempatkan DCC Kpg. Pinang Jawa
 

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -