-11 Julai ini
Penduduk di sekitar bandarava Kuching berpeluang untuk rnenyertai aktiviti kecergasan dan hiburan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kelab Rekreasi Selebriti menganjurkan Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009 pada 11 hingga 12 Julai ini.
Majlis perasmian Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009 akan berlangsung di Padang Merdeka itu dijangka akan disernpurnakan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 12 Julai ini.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak, Puan Samsiah Abu Bakar, karnival yang berlangsung selama dua hari ini adalah memberi peluang kepada orang ramai rnengetahui lebih dekat lagi mengenai SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Kata Samsiah, lain objektif karnival ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kesan daripada amalan rasuah terhadap diri sendiri, keluarga dan negara selaras dengan tema "1 Malaysia –Bersama Kita Membanteras Rasuah".
"Malah karnival ini turut memberi pendedahan bahawa amalan rasaah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa adalah jenayah keji yang menjadi tanggungjawab bersama bagi setiap lapisan masyarakat dalam memerangi dan membanterasnya”
Sebagai menyemarakkan lagi karnival, pelbagai acara menarik turut dihidangkan kepada orang ramai seperti senamrobik, sukaneka, futsal persahabatan, dan larian Anti Rasuah.
Pengunjung juga akan turut dihiburkan dengan boberapa persembahan hiburan seperti konsert anti rasuah, persembahan artis ternpatan seperti Azizul Khamis, Salwa Abd Rahman, Rem, Nas Adilla, Nashriq dan Yana serta persembahan iringan band ATM, selain pameran dan jualan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival tersebut.






