spot_img

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani bergambar bersama para delegasi dan penceramah selepas beliau merasmikan Majlis Penutupan Open Source Leadership Seminar 2 anjuran bersama Leadership Institute of Sarawak Civil Service, Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU), Jabatan Ketua Menteri  dan Iclif Leadership and Governance Centre pada 9 Oktober 2018 di Kuching.

Turut hadir dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Jaul Samion dan YBhg Datu Dr. Sabariah Putit.

Program Open Source Leadership Seminar 2 yang diadakan selama 2 hari pada 8 dan 9 Oktober dihadiri oleh seramai 100 pegawai kanan kerajaan termasuk Gred 54 ke atas.

Seminar dianjurkan sebagai platform bagi melengkapkan pegawai-pegawai kanan kerajaan dengan pengetahuan baharu, memupuk semangat kebersamaan antara agensi kerajaan, bertukar pandangan dan idea  bagaimana  mereka  dapat memenuhi peranan dan aspirasi dalam perkhidmatan awam

Program ini juga akan menjawab setiap persoalan berkaitan kepimpinan utama dan motivasi.

Selain daripada modul kepimpinan dan pembangunan diri, program ini juga akan menyediakan sesi bagaimana mengurus konflik dan memupuk prestasi, perkara yang sering dihadapi pegawai-pegawai kanan dalam organisasi

Penceramah utama untuk seminar  ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif,  Iclif Leadership and Governance Centre , Encik Rajeev Peshawaria

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -