Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ditemani isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang serta beberapa orang menteri, menteri-menteri muda dan ahli-ahli kabinet negeri yang lain melakukan upacara memotong pulut kuning pada majlis “Luncheon Talk” sempena Ulang Tahun Pertama beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak. Majlis telah diadakan di hotel Hilton, Kuching pada 3 Mac 2015.
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak Kelima pada 1 Mac tahun lalu.







