rakan01sarawak

About

spot_img

UTS Promosi Kelestarian

Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu telah menempa nama sebagai Universiti yang pertama di Malaysia mendapat penarafan Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada Oktober 2021 dengan 5 Bintang GBI EE penilaian. Penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) adalah alat penarafan hijau yang diiktiraf industri Malaysia dan bagi organisasi yang telah memperolehinya bermaksud bangunan tersebut telah “lulus” sifat kelestariannya dengan beberapa ciri seperti mengurangkan penggunaan tenaga, meningkatkan keselesaan penghuni, mengurangkan kesan penggunaan bahan, dan kurang penggunaan air yang terawat.

RECODA Perluaskan Pembangunan Wilayah dan Perkukuh Industri Dalam SCORE

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) sebagai agensi kerajaan yang berautoriti melaksanakan koridor pembangunan wilayah lebih dikenali sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sejak tahun 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Melalui inisiatif baharu, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, RECODA telah melebarkan peranan dan memperluaskan Kawasannya melalui pewujudan Agensi Pembangunan Wilayah iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA, kemudian disusuli oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi atau Highland Development Agency (HDA) pada tahun 2017 dan Agensi Pembagunan Wilayah Utara atau Northern Region Development Agency (NRDA) pada tahun 2018.

IKMa Bangunkan dan Kembangkan Latihan Pendidikan Koperasi Negara

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

BDDA Pacu Transformasi Sosioekonomi Betong Menjelang 2030

Betong Division Development Agency (BDDA) telah menetapkan misi dan visi besar untuk menjadikan Bahagian Betong sebagai kawasan berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2030.

SADA Percepatkan Tempo Pembangunan dari Lingga ke Lubok Antu

Setelah kewujudan SADA (Agensi Pembangunan Sri Aman), antara agensi pembangunan wilayah terawal, sejak lima (5) tahun yang lepas, kini kita sudah mula dapat merasai dan menyaksikan impak pembangunannya dalam Kawasan pentadbiran SADA merangkumi seluruh Bahagian Sri Aman dari Lingga sehinggalah ke Lubok Antu. Berpegang kuat dengan slogan, Merapat Jurang Pembangunan, Melonjakkan Potensi, SADA akan memastikan jurang pembangunan antara bahagian lain dengan Sri Aman dapat dirapatkan dan seterusnya mengetengahkan potensi yang sedia ada ke hadapan

Jaminan Keselamatan dan Perlindungan Data di Sarawak

Ekonomi Sarawak pada masa hadapan akan dipacu oleh teknologi, data dan inovasi. Namun ada perkara yang tidak boleh dipandang ringan iaitu sejauh mana jaminan keselamatan dan perlindungan data tersebut termasuklah adakah kita sudah bersedia.

Worldwide News, Local News in San Francisco, Tips & Tricks