Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek.
Projek RTP ini adalah inisiatif dan peruntukan daripada Kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan dan prasarana di peringkat akar umbi.
Bajet Sarawak 2022 bersifat inklusif dan berteraskan rakyat di mana Kerajaan Sarawak telah memberi tumpuan yang sewajarnya untuk membantu rakyat dalam situasi kesan daripada pandemik COVID-19 selain meneruskan kesinambungan agenda pembangunan negeri.
Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong sepanjang 6.85 kilometer akan memendekkan perjalanan dari Kota Samarahan ke Gedong kepada kira-kira 50 minit berbanding dengan satu jam 30 minit melalui Lebuh Raya Pan Borneo sekarang.