Program Rakan Muda Wawasan Desa Masyarakat Etnik Sarawak
Objektif
- Untuk menanam kesedaran masyarakat belia akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat sejahtera.
- Untuk menggerakkan jentera/tenaga muda sebagai pemangkin kepada perubahan sosial.
- Untuk membina kaharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik berasaskan kepada ilmu pengetahuan.
- Untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu berasaskan semangat sukarela.
- Untuk mewujudkan kangkaian erat antara masyarakat, agensi awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.
- Untuk mewujudkan Kelab Rakan Muda yang dianggotai oleh ahli-ahli skuad Sukarelawan Rakan muda yang aktif di setiap kawasan yang melaksanakan program ini.
Kesan Jangka Panjang Program
Matlamat jangka panjang program ini adalah untuk membentuk para remaja supaya mejadi modal insan negara yang sihat, bersatu padu dan mempunyai pemikiran kelas pertama.
Pengisian Program
Program ini akan dilaksanakan berasaskan kepada 8 aktiviti gaya Hidup dan 4 program utama Rakan Muda. Pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kehendak dan minat golongan belia setempat. Pemilihat aktiviti juga adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu seperti padang permainan, dewan, gelanggan sepak takraw dan sebagainya.
Antara aktivit yang dicadangkan adalah seperti berikut:
*Aktiviti bercorak kemahiran – (diadakan setiap hunjung minggu) Klinik / Pertandingan bola sepak / futsal / street soccer
- Klinik / pertandingan sepak takraw
- Klinik / pertandingan senamrobik
- Kelas bimbingan memasak
- Kelas bimbingan menjahit
- Kelas komputer
- Lain-lain aktiviti yang bersesuaian
- Pembangunan etnik/senibudaya tempatan
- Kemahiran membaca/berpidato,teater,puisi dan lain-lain
Akitiviti Bercorak Pilihan- (pada masa yang sesuai)
- Program gotong-royong
- Kempen derma darah
- Kempen keselamatan jalan raya
- Kempen pemeriksaan kesihatan
- Kempen Anti Dadah
- Majlis Amal
- Seminar pencegahan jenayah
- Seminar Keselamatan di rumah







