Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem mengangkat palang sebagai tanda simbolik pemansuhan Tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohamad Salahuddin yang berkuatkuasa pada tengah malam pada 1 Januari 2016.
Tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohamad Salahuddin adalah tol yang ketiga dimansuhkan selepas tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan ASEAN di Miri.
Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohamad Salahuddin siap dibina pada September 2003 dan diuruskan oleh Zecon Berhad sejak Oktober 2003.








