Ketibaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal di tapak Mini Karnival Usahawan Desa (KUD), Zon Sarawak pada 3 Mei 2014 di Tebingan Kuching, Kuching, Sarawak. Turut kelihatan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.
Mini KUD itu berlangsung selama empat (4) hari iaitu bermula dari 1 hingga 4 Mei 2014 yang dimeriahkan dengan gerai jualan seperti produk kraf, kuih muih, jualan pelbagai rekaan manik disamping acara pertandingan mewarna oleh kanak-kanak Tabika KEMAS.







