Sarawak Agrofest 2025 mencatatkan rekod tertinggi sepanjang penganjuran acara tersebut, dengan kehadiran lebih 800,000 dengan nilai jualan RM5.4 juta berbanding dengan tahun lepas (2024) merekodkan kunjungan 450,000 pengunjung dengan nilai jualan RM5 juta. Ini merupakan tahun ke 2, penganjuran Sarawak Agrofest di Bintulu
Sarawak Agrofest 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 31 Ogos 2025 di Bintulu bukan sekadar menjadi platform mempromosikan dan mengetengahkan produk pertanian dan asas tani malah lebih daripada itu, menyebarluas teknologi terkini dalam pertanian bersesuaian dengan temanya – “Mengindustrikan Sektor Pertanian Melalui Teknologi Pintar”
Teknologi penanaman sayur secara Hidroponik yang cukup popular suatu ketika dahulu telah diadaptasikan semula bukan sekadar meningkatkan jaringan sumber makanan tetapi sebahagian daripada sumber meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan peserta
Penghasilan tanaman seperti tomato dan sayur salad aripada kawasan tertutup (rumah hijau) dapat mendatangkan hasil lumayan dengan kualiti yang boleh dikawal menggunakan teknologi terkini
Priva ini teknologi dari Belanda merupakan panel kawalan untuk mengawal jumlah baja dan air secara automatik dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Menurut Encik Walter Ya yang juga ejen pemasaran produk berkenaan berkata sebagai contoh jika sebelum ini (tanpa teknologi ini) kita boleh kawal penggunaan daripada 6 set baja sebulan kepada 4 set baja sahaja dan kawal penggunaan air
Fishspeak ini memanfaatkan sepenuh teknologi Ai kamera untuk mengesan kualiti dan bacaan ph air. Semua data akan dihantar ke ladang penternakan ikan dan secara automatik akan menghantar notifikasi dalam bentuk mesej whatapps dan handphone. Tanpa teknologi ini kita mungkin terlewat untuk menyelamatkan ikan kolam kerana masalah ini tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar
Teknologi drone kini begitu meluas digunakan dalam sektor pertanian. Ia ternyata memudahkan bukan sahaja pemantauan, penyukatan dan pemetaan kawasan tetapi turut digunakan untuk pengenalpastian penyakit serta proses pembajaan selain memudahkan penyelenggaraan kawasan pertanian yang agak luas
Pameran Tanaman Tembikai Emas daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintulu menarik perhatian pengunjung ke Sarawak Agrofest 2025
Promosi Pasar Nelayan bukan sekadar menjual hasil laut yang segar, tetapi turut memproses ikan tenggiri menjadi umai dan turut menjual hasil laut yang telah disejukbekukan
Teknologi mewarnakan anak ayam menggunakan suntikan turut menarik perhatian pengunjung di tapak pameran Sarawak Agrofest 2025. Suntikan itu tidak lah memberikan kesan bahaya kerana warna tersebut tidaklah kekal dan boleh hilang dalam masa beberapa hari
Pameran haiwan ternakan seperti arnab menarik perhatian kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat cara pengendalian haiwan ternakan tersebut
Pengunjung sempat merakamkan gambar kenangan bersama keluarga mereka pada masa yang sama mendapatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahayanya penyakit rabies
Jabatan Veterinar Sarawak dengan pameran interaktif iaitu paparan maklumat di dinding ataupun laluan pameran memberikan pengalaman berbeza mendapatkan maklumat
Susunan khemah pameran yang begitu tersusun memudahkan pengunjung untuk memilih khemah pameran yang diminati mereka
Laman Padi SAF2025 begitu menarik dengan replika suasana di sawah di bawa ke pameran Sarawak Agrofest kali ini
Pengunjung mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan di “Sawah Padi”
Pembungkusan yang ringkas, mudah dan selamat memberikan pilihan kepada pengunjung yang ingin membeli dalam kualti yang sedikit
Buat julung kalinya Sara Bif memperkenalkan 6 produk Corned Beef baharu iaitu Gochujang, Chilli & Onion, Curry, Hot & Spicy, Garlic dan Sarawak Blackpepper
Gerai Pameran Jualan Produk sering dipenuhi pengunjung yang ingin mendapatkan perkembangan terkini produk-produk baharu yang terdapat di pasaran
Replikas Nanas yang menarik perhatian pengunjung disamping di kiri dan kanannya terdapat pelbagai varieti nanas yang terdapat di Malaysia
Muna Abdul Kadir, Pengurus Perniagaan Benang Serat Nanas menunjukkan kepada kami beg anyaman yang menggunakan daun daripada pokok nanas. Menurutnya sisa daripada nanas jika diusahakan dengan betul mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan
Teknologi VR boleh digunakan secara meluas terutama dalam usaha golongan muda mempelajari sesuatu subjek secara interaktif
Khemah Veterinar sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin melihat secara dekat haiwan ternakan dan mengetahui jenis dan baka haiwan ternakan tersebut
Pengunjung mengambil kesempatan memberikan sendiri makanan kepada haiwan ternakan di Sarawak Agrofest 2025
Bahan-bahan pameran di galeri Sagu dan Nipah memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung di Sarawak Agrofest 2025 baru-baru ini
Produk-produk yang berkaitan dengan sagu dan rumbia seperti Tebaloi, Linut, Tepung Sagu, Biskut Sagu, Coklat perisa Sagu, Siet Sambal, Siet Salai dan banyak lagi
Seminar Penyediaan Dana oleh insitusi perbankan turut diadakan di Sarawak Agrofest 2025