spot_img
HomeGaleri Foto | Photo GalleryKWKPK Salur Lebih RM5 Juta Kos Bantuan COVID-19 Setakat...

KWKPK Salur Lebih RM5 Juta Kos Bantuan COVID-19 Setakat 25 Februari 2021

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) telah menyalurkan sebanyak lebih RM5 juta kos bantuan COVID-19 di beberapa buah kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak setakat 25 Februari 2021.

Kawasan-kawasan yang terlibat merangkumi dua kawasan di Sibu, iaitu Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2 (PKPD bermula 27 Februari hingga 12 Mac 2021) dan Rumah Pangsa dan Perumahan Town Villa (26 Februari hingga 4 Mac 2021), Kampung Sungai Maong (17 Februari hingga 2 Mac 2021) dan Kampung Emperoh Jambu, Padawan (23 Februari hingga 8 Mac 2021) di Kuching dan Taman Univista, Samarahan (17 Februari hingga 2 Mac 2021).

Sebanyak 65,984 bungkus makanan kering turut disalurkan ke kawasan-kawasan berkenaan yang mencatatkan 591 kes positif COVID-19.

Manakala untuk tahun 2020 pula, lebih RM2 juta disalurkan termasuk 4,196 bantuan makanan kering disalurkan ke Kampung Haji Baki, Kuching yang telah dikenakan PKPD pada bulan November.

Statistik tersebut dimaklumkan oleh KWKPK pada 3 Mac 2021 menerusi Sidang Media secara maya yang dipengerusikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Berikut merupakan statistik bantuan KWKPK untuk mangsa COVID-19 setakat 25 Februari 2021:

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -