spot_img
HomeNewsDari RAKAN SarawakPenambahbaikan Perkhidmatan Berterusan

Penambahbaikan Perkhidmatan Berterusan

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) adalah salah satu daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan meliputi sebahagian daripada Daerah Sibu dan Daerah Selangau berkeluasan 5,869.35 kilometer persegi dan bersempadan dengan Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Matu dan Daro.

Walaupun berkeluasan 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS), ini tidak menghalang MDLBS memberikan perkhidmatan terbaiknya mengikut kapasitinya.

Menurut Setiausaha MDLBS, Encik Ng Siang Wei ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, sejak tiga (3) tahun kebelakangan (2022-2024), MDLBS telah melaksanakan beberapa penambahbaikan Perkhidmatan.

Setiausaha MDLBS, Encik Ng Siang Wei

Antaranya Seksyen Pentadbiran Awamnya, berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan aduan awam melalui sistem Talikhidmat iaitu pada tahun 2022 dan 2023  (sebanyak 208 dan 264 berjaya diselesaikan).

Manakala pada tahun 2024, Sebanyak 247 aduan diterima dengan 238 aduan telah berjaya diselesaikan, lima (5) aduan baru diterima dalam bulan Disember 2024, manakala dua (2) aduan masih dalam proses penyelesaian.

Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta pun, telah pun melaksanakan e-billing iaitu penghantaran bil cukai taksiran melalui emel dan juga menerima dan membayar bil cukai taksiran melalui aplikasi atau Portal Service Sarawak dan Spay Global selari dengan aspirasi Premier Sarawak.

Kaedah Pembayaran Kutipan Hasil Digital (e-Pembayaran / Spay), ini secara tidak langsung,  dengan telah meningkatkan transaksi dan kutipan di Bahagian Kewangan MDLBS dengan 416 transaksi (RM 638,232.27) pada tahun 2022. Seterusnya meningkat  801 transaksi (RM 535,156.76) dan 864 transaksi (RM 684,796.65), masing-masing bagi tahun 2023 dan 2024.

Bagi Bahagian Pembangunan Komuniti Dan Korporat pula, telah melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), dengan sebanyak 9 buah rumah telah dibaik pulih pada tahun 2022 dengan jumlah peruntukan RM153,000.00.

Manakala pada tahun 2023 dan 2024 dengan sebanyak 20 buah dan 28 buah rumah telah dibaik pulih dengan peruntukan RM340,000.00 dan RM560,000.00.

Seksyen Perpustakaan juga telah mewujudkan  Makerspace di Perpustakaan Awam, Sibu Jaya dengan setakat ini lima (5) Aktiviti Makerspace pada tahun 2023 dan lapan (8) Aktiviti Makerspace (2024 di samping menaiktaraf perkhidmatan dan teknologi terkini Perpustakaan Awam.

Seksyen Perpustakaan telah mewujudkan Makerspace di Perpustakaan Sibu sebagai tarikan untuk pengunjung mendekati teknologi

Bagi bahagian penguatkuasa pula, untuk Penggunaan Sistem Electronic Local Authority (e-LA2) Majlis Untuk Pengeluaran Bil Permit Iklan (Papan Tanda/Kain Rentang/Fishtail) dan Bil Permit Penggunaan Tempat Letak Kereta, sebanyak 44 Permit Iklan dikeluarkan (RM38,245.50) dan Sebanyak 37 Permit Penggunaan Tempat Letak Kereta dikeluarkan (RM 31,440.00) pada tahun 2022.

Bagi tahun 2023 pula Sebanyak 56 Permit Iklan dikeluarkan (RM29,140.85) dan sebanyak 62 Permit Penggunaan Tempat Letak Kereta dikeluarkan (RM 38,160.00)  manakala bagi tahun 2024 pula, sebanyak 36 Permit Iklan dikeluarkan (RM29,140.85) dan Sebanyak 62 Permit Penggunaan Tempat Letak Kereta dikeluarkan (RM 38,160.00).

Bahagian Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar pula berjaya mengeluarkan  1205 Lesen Perniagaan (RM 127,196.00) dan sebanyak 12 Lesen Anjing dikeluarkan (RM 540.00) bagi tahun 2022.

Bagi tahun 2023 pula, Sebanyak 1172 Lesen Perniagaan dikeluarkan (RM 118,762.00) dan Sebanyak 16 Lesen Anjing dikeluarkan (RM 780.00).

Untuk tahun 2024  (Januari – Oktober), sebanyak  1240 Lesen Perniagaan dikeluarkan (RM 125,278.00) dan Sebanyak 66 Lesen Anjing dikeluarkan (RM 3,190.00).

MDLBS akan terus mengekalkan usaha-usaha dalam mempertingkatkan penyampaian Perkhidmatan Majlis secara Digital kepada Orang Awam.

Untuk perancangan dan pelaksanaan pada tahun hadapan 2025, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu juga tidak ketinggalan untuk menguna pakai Sistem Correspondence And Case Tracking Unified System (CACTUS), Building Control System (BCS), e-Bunting, Dog Licensing System, sepertimana yang akan dilaksanakan oleh Majlis-Majlis lain dan juga Agensi Kerajaan Negeri yang lain.

Program Vaksinasi Anti Rabies yang diadakan Bersama MDLBS dan Jabatan Veterinar

Dengan usaha yang berterusan ke arah pendigitalan (Towards Digitalization), pihak Majlis Daerah Luar Bandar Sibu menaruh harapan tinggi agar dapat mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian Perkhidmatan Majlis dan sekali gus dapat memudahkan lagi orang awam yang berurusan di Majlis.

Dari segi masa khususnya, segala urusan yang dikendalikan oleh orang awam di Pejabat MDLBS dapat diselesaikan dengan pantas dan efisien.

Justeru, persepsi orang awam yang berurusan dengan MDLBS dapat dipertingkatkan dan perkara ini dapat meningkatkan lagi tahap Kepuasan Pelangan (Customer Satisfacton Rating) dari semasa ke semasa.

Festival Air, antara tarikan pelancongan Utama dalam kawasan MDLBS

- Advertisement -

spot_img

RAKAN Sarawak, more than a bulletin - SUBSCRIBE NOW!

spot_img

- Advertisement -