Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) adalah salah satu daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996.
Bidang kuasa SRDC meliputi sebahagian daripada Daerah Sibu dan Daerah Selangau. Ia merupakan salah satu bidang kuasa terbesar di bawah Majlis Daerah di Sarawak dengan keluasan keseluruhan 5,869.35 kilometer persegi.
Anggaran populasi seramai 60,000 orang kebanyakannya terdiri daripada etnik Iban. Persempadanan semula sempadan perbandaran Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Matu dan Daro telah mengurangkan bidang kuasa MDLBS. Igan kini berada di bawah Majlis Daerah Matu dan Daro. Sehingga 2019, bidang kuasa utama MDLBS meliputi Sibu Jaya di Daerah Sibu dan Daerah Selangau. Terdapat 20 wad di kawasan pentadbiran MDLBS, namun keluasan kawasan adalah 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS)
Cadangan pembinaan dan penyiapan bangunan baharu dalam projek Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12) dilihat tepat pada masanya kerana bangunan yang ada kini (Wisma Sanyan) terletak dalam kawasan MPS.
Menurut Setiausaha MDLBS, Encik Ng Siang Wei ketika ditemu bual RAKAN Sarawak sudah tiba masanya perpindahan ke pejabat baharu ini dilakukan kerana lokasi baharunya nanti terletak dalam kawasannya sendiri iaitu di Sibu Jaya, selain memudahkan penyeliaan Kawasan pembangunannya yang turut termasuk Selangau dan Bawang Assan.

baharu ini dilakukan kerana lokasi baharunya nanti terletak dalam kawasannya sendiri iaitu di Sibu Jaya
Jelas Encik Ng Siang We, lokasi lama (di Wisma Sanyan) telah pun bertapak sejak 1 Nov 2001, kedudukan lama menyukarkan masyarakat luar bandar berurusan sebab terletak di Pusat Bandar Sibu tidak mempunyai kedudukan yang baik untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang majoritinya tinggal di kawasan pinggir bandar dan luar bandar
Menurut beliau dengan adanya bangunan ini nanti dapat membolehkan mereka lebih fokus kepada kawasan di bawah bidang kuasa majlis
Bangunan baharu akan menyediakan tempat kondusif lebih-lebih lagi, MDLBS kini mengurus dan mentadbir kawasan pentadbiran 25 ganda lebih besar daripada Kawasan MPS
Langkah ini turut menyokong hasrat untuk menjadikan Sibu Jaya sebagai pusat satelit atau bandar berkembar bagi menyokong pembangunan bandar Sibu di bawah MPS dan MDLBS sebagai agensi peneraju pentadbiran dapat memastikan bekerjasama dengan agensi swasta seperti Amcorp Berhad untuk merancakkan serta memastikan pertumbuhan progresif di Sibu Jaya.
Kedudukan pejabat baharu nanti terletak di tengah-tengah perbandaran Sibujaya di tanah seluar 4 ekar bersebelahan dengan cadangan 14 ekar Sibujaya Central Park dan juga terletak berdekatan dengan Perpustakaan Awam, Balai Polis,Balai Bomba, Klinik Kesihatan dan Kemudahan lain seperti bank, pasar raya dan sebagainya.
Ia mudah diakses oleh penduduk di pinggir bandar dan luar bandar melalui lebuh raya Pan-Borneo dan Kedudukan ini baik untuk dalam memberikan perkhidmatan kepada orang yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Komponen bangunan nanti mempunyai 3 tingkat, dengan ruang pejabat dan mempunyai 6 bahagian, Pusat Setempat, Auditorium, Dewan Majlis, Bilik Persidangan dan sebagainya.
Sibu Jaya dengan jumlah kepadatan penduduk 30,000 orang juga telah berkembang pesat sebagai sebuah perbandaran yang pesat dan menyumbang 1/3 daripada hartanah (kadar penilaian) di bawah SRDC dengan bilangan hartanah semasa iaitu 6,300 unit dengan 625 unit lagi hartanah baharu dalam pembinaan.
Mengikut rekod, projek itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan nilai kontrak semasa RM4.1 juta melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam fasa pertama seperti kerja tanah, cerucuk, saliran air permukaan, tembok penahan, serta perkhidmatan mekanikal.
Selain itu, MDLBS akan memohon dana sebanyak RM40 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk fasa kedua, yang melibatkan pembinaan bangunan pejabat, landskap, perkhidmatan mekanikal dan elektrik, serta kerja-kerja luaran.


Info Tambahan
Projek Pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan MDLBS dalam RMK-12
| Bil. | Projek | Jumlah Projek |
| 1. | Membina/Menaiktaraf Jalan Akses ke Kampung/Rumah Panjang Dalam Kawasan Pentadbiran MDLBS | 5 |
| 2. | Membina/Membaik pulih Jambatan/Titian/Jeti dalam Kawasan Pentadbiran MDLBS | 3 |
| 3. | Program Bandar Selamat (Membina Pondok Menunggu Dan Bumbung Laluan Pejalan Kaki Di SJKC Thian Hua Dan SK Sibujaya) | 1 |
| 4. | Memasang Lampu Jalan Dalam Kawasan Pentadbiran MDLBS (Pemasangan Lampu Jalan di Kawasan Dudong, Nangka Dan Bawang Assan) | 1 |
| 5. | Proposed Construction and Completion of New Office Building for sibu Rural Distric Council at Sibu Jaya | 1 |
| 6. | Menaiktaraf/Membaikpulih Taman Awam dan Taman Permainan dalam Kawasan Majlis (Cadangan Naik Taraf Taman Permainan Bougenvilla) | 1 |
| 7. | Membaikpulih Parit Konkrit di Kawasan Perumahan Sibu Jaya | 1 |
| 8. | Centralized Garbage Bin Centre and Supply Mobile Garbage Bin | 2 |
| 9. | Proposed Single Storey Durin Community & Cultural Centre on Lot 1196, Block 11, Menyan Land District (Phase 1- Pasar Tamu, Food Stall, Public Lactrine & Car Park) | 1 |
| 10. | Cadangan Pembinaan Tandas Awam Sibu Jaya | 1 |







